nuffnang

background


Wednesday, December 29, 2010

Friday, December 17, 2010

IKLAN TIME




Thursday, December 16, 2010

TANGGAL 10 MUHARRAM

(PERISTIWA DAN AMALAN YANG SANGAT DIGALAKKAN)

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura :
~ Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
~ Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala.
~ Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat.
~ Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
~ Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
~ Allah menjadikan Siti Hawa.
~ Allah menjadikan Syurga.
~ Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
~ Taubat Nabi Adam diterima Allah.
~ Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
~ Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Zamrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
~ Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
~ Firaun dan pengikutnya tenggelam ke dalam lautan tersebut.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.


Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura :
~ Berpuasa - Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
~ Mandi dan membersihkan diri - Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
~ Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga - Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
~ Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
~ Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
~ Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya - Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
~ Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
~ Bersedekah - Pahalanya seperti bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
~ Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali - Doanya dimakbulkan Allah.
~ Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
~ Sunat menginai dan mengerat kuku.
~ Menjamu dan memberi minum kepada orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
~ Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
~ Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
~ Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

Tuesday, December 7, 2010

@ TERENGGANU





























SALAM MAAL HIJRAH




Salam Maal Hijrah 1432 kawan-kawan.

Semoga tahun baru kali ini membawa lebih banyak penghijrahan lebih baik dalam diri kita sendiri.
Dari sekecil-kecil penghijrahan sehinggalah sebesar-besar penghijrahan.
Takpe, kecil atau besar itu bukan ukuran. Yang penting berjaya dilaksanakan.
Semoga Allah terus merahmati, memberkati dan meredhai kehidupan kita semua dunia & akhirat.
dan Semoga penghijrahan kita tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya dan akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Tabahkan hati, Kuatkan semangat, Bersihkan nurani, dan Sucikan jiwa.
Insya Allah.
Ayuh kita mulakan tahun baru dengan sesuatu yang mampu memperbaiki diri kita sendiri kepada yang lebih baik dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT.

Ya Allah, kurniakan kami rahmat Mu & berkat Mu demi kejayaan & kebahagiaan kami dunia & akhirat.


Selamat menyambut Awal Muharram ...
Selamat Tahun Baru Hijrah...
Selamat berubah dari perkara yang baik kepada yang lebih baik..
dan dari yang lebih baik kepada yang paling terbaik...
kita tidak akan pernah terlambat untuk berubah...

AMIN...

Hayati lirik lagu di bawah ye

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....

Sunday, December 5, 2010

7 CARA BERFIKIRAN DAN BERSIKAP POSITIF



Macam mana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…

1. Bersangka baik dengan sesiapa saja. Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan pada nilai-nilai murni. Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak emosi negatif. Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.

4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin. Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!. Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan ambil kisah cakapan orang. Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda. Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak “give up”.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!

AMINNNNNN…

9 SITI YANG PATUT DICONTOHI



Antara 9 SITI Yang Patut Dicontohi :

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org-org kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg-kdg berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan ALLAH. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan ALLAH demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh ALLAH SWT utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan ALLAH syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana ALLAH SWT.

Raya AIDIL ADHA @ Port Dickson