nuffnang

background


Tuesday, June 29, 2010

CIRI-CIRI WANITA TELADAN & SOLEHAH


1. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.

2. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersikap malu terhadap suaminya,
bersopan santun pada setiap
perkataan dan perbuatan.


3. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berhias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya apabila ketiadaan
suami.

4. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melayani dan memenuhi
kehemdak batiniah dan zahiriah suami
bila diperlukan.

5. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga kebersihan, kesihatan dan
kesempurnaan diri, rumah tangga
dan anak-anak suaminya.

6. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mencintai dan menghormati keluarga
suaminya seperti mana ia
mencintai dan menyayangi keluarganya
sendiri.

7. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga auratnya dari pandangan yang
bukan mahramnya.

8. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga pandangan matanya dari perkara-
perkara yang tidak sihat dan
mungkar.

9. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan kesetiaan, ketaatan dan
kepatuhan kepada suaminya selagi
suruhan itu tidak bertentangan dengan
perintah syariat.

10. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan layanan dan kasih sayang
yang sepenuhnya dan membuatkan
suaminya merasakan rumah tangganya itu
sebagai tempat yang paling
selamat untuk mendapat ketenangan dan
kebahagiaan.

11. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga rahsia serta maruah suami dan
keluarganya, demikian juga
dengan maruahnya sendiri.

12. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjadikan suaminya sebagai ketua
dalam rumah tangga mereka sesuai
dengan sifat-sifat yang telah
dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.

13. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memohon keizinan suaminya untuk keluar
dari rumah kerana sesuatu
hajat yang diharuskan oleh syara’.

14. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang
sentiasa memohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.

15. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersyukur dan tenang di atas segala
dugaan dan nikmat dari Allah
yang diberikan kepada suaminya.

16. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menemani suaminya ke muka pintu bila
ia hendak keluar dan
menyambutnya dengan seyuman bila ia
pulang.

17. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak
membenarkan lelaki bukan mahram
memasuki rumah ketika ketiadaan
suami.

18. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang
isteri, ibu dan segala perintah Allah
dengan tabah dan sabar.

19. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berdiam diri dan mendengar bila
suaminya sedang bercakap.

20. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak meminta
sesuatu yang lebih dari suaminya
sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.

21. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menerima pemberian suaminya dengan
penuh kesyukuran dan keikhlasan.

22. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang bijak
menguruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang
sederhana dan tidak membazir

Tapi mampukah aku...kerana aku hanya wanita biasa....



HATI SEORANG WANITA


* Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

* Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

* Halus : Ibarat sehelai sutera,cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

* Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

* Berkorban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

* Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

* Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

* Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

* Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

* Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari".

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA.

Thursday, June 24, 2010

HIKMAH


Kadang-kadang kita berdoa utk kuat

Tapi banyak pula dugaan yang datang

Kadang-kadang kita minta cerdik

Tapi masalah pula yang bertandang

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan

Tetapi huru hara pula menjelang


Dugaan menjadikan mental kita kuat

Masalah menjadikan kita berfikiran

Huru hara menjadikan kita tabah

SUBHANALLAH


Betapa hebatnya Allah

Semua aturannya ada hikmah tersembunyi



Sunday, June 20, 2010

HARI TERBUKA TUDM

Hari Terbuka TUDM telah diadakan semalam 19.06.2010 sempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke 52. Aku dan anak-anak telah berpeluang menyaksikan hari terbuka tersebut...itupun otw balik dari org kawin...


Aiman teruja sangat dpt bergambo ngan tentera omputih katanya...mulalah dia bercita-cita besor nanti Aiman nak jadi anggota TUDM katanya..










SELAMAT HARI BAPA....


Hari ini 20.06.2010 adalah Hari Bapa.. Kepada bapa-bapa semua termasuk abah & suamiku Selamat Hari Bapa...
glitter-graphics.com

CUTI CUTI MALAYSIA - CAMERON HIGHLAND 4