nuffnang

background


Tuesday, August 31, 2010

GOLONGAN YANG DICINTAI DAN DIBENCI ALLAH SWT


Allah s.w.t. cinta kepada tiga golongan dan tiga golongan dari mereka lebih
dicintai iaitu:
  • Allah s.w.t. kasih kepada orang yang bertaqwa dan kepada pemuda yang taqwa lebih dikasihi.
  • Allah s.w.t. kasih kepada orang miskin, tetapi orang miskin yang memiliki budi pekerti mulia lebih dicintai.
  • Allah s.w.t. kasih kepada orang yang tawadhuk (merendahkan diri) dan kepada orang kaya yang tawadhuk lebih dikasihi.


Rasulullah s.a.w. juga bersabda: ” Sesungguhnya Allah s.w.t. membenci tiga golongan tetapi benciNya kepada tiga golongan dari mereka lebih berat iaitu:

  • Allah SWT membenci orang fasiq tetapi lebih dibenci adalah orang tua yang fasiq.
  • Allah SWT membenci orang yang kikir (kedekut) tetapi lebih dibenci adalah orang kaya yang kikir atau kedekut.
  • Allah SWT membenci orang yang sombong tetapi lebih dibenci adalah orang miskin yang sombong.

RAHSIA SURAH AL FATIHAH...


Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”

Thursday, August 26, 2010

NUZUL QURAN DAN MALAM LAILATUL QADR


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

TEMA HARI KEBANGSAAN YANG KE 53



'1Malaysia Menjana Tranformasi'
menjadi tema sambutan bulan kemerdekaan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 tahun ini.

Wednesday, August 25, 2010

KELEBIHAN WANITA


KELEBIHAN WANITA

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.


5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.


7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.


8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.


9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.


10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”

RENUNGAN DAN AMBIL IKTIBAR



WAHAI ISTERI

Ketahuilah bahawa kecantikan abadi adalah kecantikan akhlak dan budi. Persembahkanlah adab dan pekerti yang penuh santun dan kelembutan kepada suami tersayang kerana di situlah letaknya sumber ketenangan dan kebahagiaan abadi!
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda,"Sebaik-baik wanita adalah yang membahagiakan kamu tatkala kamu memandangnya dan mentaatimu tatkala kamu memerintahkannya serta menjaga harga dirinya dan hartamu tatkala kamu tidak ada”. (HR Imam Ahmad, Hakim, At Tabrani)


WAHAI SUAMI

Menjadi idaman lelaki untuk memperisterikan seorang wanita secantik bidadari dan berpekerti Siti Fatimah tetapi adakah anda setampan Yusuf as atau sehebat amalannya Saidina Ali ra ? Segak dan tampannya seorang lelaki, cuma akhlak dan budi pekertinya sahaja yang dapat memperindahkan penampilannya. Lebih-lebih lagi cara pergaulannya dengan isteri tersayang di rumah, apakah ianya hanya segak ketika ke pejabat tetapi kusut masai dan selekeh di rumah? Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya saya berhias untuk isteriku sebagaimana dia juga berhias untukku, saya suka untuk menunaikan kewajibanku yang harus kuberikan kepadanya dengan baik dan hal ini secara automatik menuntut dia untuk menunaikan kewajibannya kepadaku, karena Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: “Dan wanita mempunyai hak yang seimbang menurut cara yang ma’ruf”. (QS. Al Baqarah : 228).

Tuesday, August 24, 2010

TANDA-TANDA BERLAKU MALAM LAILATUL QADR

Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda) malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau Rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Thursday, August 19, 2010

SUAMI YANG MUDAH DITAATI ISTERI



PERINGATAN UNTUK SUAMI - JADILAH SUAMI YANG MUDAH DITAATI ISTERI

Ketahuilah wahai para suami bahawa sebagai ketua keluarga selayaknya anda ditaati dan dihormati oleh isteri anda.Setelah dinikahi ,isteri anda adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab anda dan harus akur dengan kata-kata anda.Tetapi adakah anda juga sudah bersedia menjadi... suami yang taatkan Allah SWT dan sentiasa takutkanNya dalam memikul tanggungjawab ini? Adakah anda sentiasa sedar dengan tingkah laku dan kata-kata anda supaya mudah isteri dapat taatkan anda? Sebagai suami yang meletakkan agama di hadapannya, adakah anda menjaga solat sebaiknya dengan berjemaah, mengamalkan bacaan Quran dan menghadiri majlis ilmu agama untuk pengisian rohani yang seterusnya akan terzahir melalui akhlak dan sifat-sifat terpuji?

Atau adakah anda tetap dengan budaya lama di mana suami adalah raja dan harus dilayani sebaiknya walaupun kerap anda dengarkan yang Rasulullah SAW sendiri turut membantu isterinya dalam urusan rumahtangga?

Apabila Islam dijadikan panduan dalam kehidupan, sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap isterinya tentu tidak akan menuntut haknya dipenuhi, sebaliknya akan bersungguh-sungguh memenuhi hak isteri dan menggembirakannya. Juga, suami akan lebih risaukan sekiranya isteri tidak dapat tunaikan kewajipan terhadap Allah lebih dari kewajiban terhadap dirinya. Suami akan sentiasa redha dengan kelemahan isteri dan memaafkanya setiap kali isteri tersilap kerana suami tentu takut sekiranya isteri tersayang berada dalam murka Allah!
InsyaAllah.. Mudah2an begitulah hendaknya.. Amin.

Monday, August 16, 2010

RAHSIA WANITA



Rahsia Wanita Yang Anda Perlu Tahu

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,
lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak
berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

Saturday, August 14, 2010

KISSING..




BERCIUM

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan... ..
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!


1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.

Selamat bercium-ciuman. ..hehehehe. .kasi forward ramai2..biar pasangan anda/kawan2 kita hubungan suami isteri jadi mesra gitu & x cari org lain..

berciumlah!!!dengan ibu bapa kan lebih berkat....

MENJADI SUAMI MITHALI

1. Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.

2. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.

3. Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.

4. Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.

5. Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.

6. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

6. Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.

7. Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.

8. Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.

9. Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.

10. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

11. Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

12. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.

13. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.

14. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.

15. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

MENCIPTA BAHAGIA

Untuk bertemu dengan pilihan yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia….

1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.

2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.

3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

Thursday, August 12, 2010

RENUNGAN DI BULAN PUASA



WAHAI SUAMI

Setelah berpuasa seharian, lazimnya para suami akan 'request' pada isteri tersayang untuk menyediakan juadah dan lauk pauk kegemarannya. Bersikap prihatinlah terhadap isteri anda. Berpada-padalah tatkala memberi senarai makanan yang anda mahukan isteri sediakan. Isteri anda juga berpuasa dan selain dari menunaikan kemahuan ...anda, isteri juga pasti lebih bersimpati dengan anak-anak terutamanya yang berlatih berpuasa.

WAHAI ISTERI

Setelah penat di pejabat , ataupun sebagai suri-rumah yang sibuk melayan anak-anak kecil seharian, tuntutan dari suami dan anak-anak yang berpuasa tentu memberi tekanan pada anda. Bersikap bijaksana dan bersabarlah menghadapi karenah mereka. Tentunya tindakan anda sebagai ibu dan isteri yang sanggup bersusah-payah demi keluarga tercinta akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Monday, August 9, 2010

NASIHAT BUAT KAUM HAWA....




1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.


2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.


3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.


4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.


5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.


6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan yang menghulur.


7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.


8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.


9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.


10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


11 TIP DALAM BERPASANGAN


1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

setiap manusia yg d ciptakan ada kelebihan & kekurangannya...oleh itu kita patut bersyukur setiap apa yg d berikan oleh Allah pd hambaNya...


Thursday, August 5, 2010

10 CARA ROMANTIK MOHON MAAF



Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya.
Namun jangan susah hati kerana di sini diperturunkan 10 kaedah untuk memujuk pasangan yang merajuk dengan cara yang paling romantik. Kaedah ini jika digunakan sebaiknya pasti akan berjaya.

Walau bagaimanapun, segalanya bergantung kepada kejujuran serta tahap usaha yang anda tunjukkan. Ini kerana mereka yang merajuk selalunya suka dipujuk dan dirayu sebagai tanda anda menghargai mereka serta menyesali perbuatan yang telah lalu.

Oleh sebab itu, jika teknik pertama tidak berjaya, gunakan teknik kedua dan seterusnya. Lambat laun, hati si dia pasti akan cair dan dapat memaafkan anda.

1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.

2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.


3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.


4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.


5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.

6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.


7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.


8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.

9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.


10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.


SALAM RAMADHAN


Tinggal 5-6 hari lagi.. angin Ramadhan dah pun terasa.. seronok tak terkata.. sana sini dah terdengar ucap selamat menyambut kedatangan RAMADHAN AL'MUBARAK.. kat masjid pun suasana dah berubah.. hati berdebar gembira..

KEPADA SEMUA SAHABAT.. SEMOGA JIWA KITA LEBIH TENANG KALA MENJALANI IBADAH DIBULAN MULIA..

semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..amin

Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan... Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa


MATA SIAPA YANG TIDAK PERNAH MENANGIS


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!



ALLAHUAKBAR!


TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.Betul ke fakta nih....

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)... FAKTA.... sirius... .

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

tido atas lengan mmg romantik, tapi kejap boleh lah...kalau lama sgt, bangun pagi suami mengadu sakit lengan laaa.... dah buat dah...yg penting, sebagai bini ,kita tahu yg suami amat menghargai dan menyayangi nya....., asalkan tido lena, pun dah cukup bagus untuk kesihatan...hehehheh...


CINTA & KASIH SAYANG

Kisah isteri makan luar kebelakangan ini semakin kerap dan ia seperti musim.. bila satu kisah diselongkar, maka akan ada deretan kisah lainnya menyusul. Kenapa agaknya? Yang pasti, masalah tidak akan timbul tanpa masalah sebelumnya. Ia berkaitan dan berangkaian.. ada waktu memang salah wanita itu sendiri, tapi ada tikanya…suami sendiri yang memupuk
sikap sehingga ia jadi masalah besar yang akhirnya tidak lagi dapat
diselamatkan.

Kebanyakkan suami sering merungut tentang isteri yang tidak memahami, isteri cerewet, isteri tidak menjaga penampilan diri, isteri tidak cantik, tidak romantik, tidak berdandan… pendekkan kata semua yang sengal adalah datang dari isteri. Tapi sedarkah anda bahawa sebagai suami, anda juga sebenarnya sebahagian dari penyumbang masalah
atau ada ketikanya sipemberi masalah!

Jadi suami, anda juga, janganlah jadi suami kontang.. kontang disini membawa maksud, kering idea, dan perasaan. Kering hati dan rasa…..jadilah peka dan sensetif keatas pasangan anda. Bukankah dia yang anda datangi malam-malam yang sepi untuk menghiburkan hati? Justeru, jika ada diantara masalah dibawah ini,berkaitan anda. Rendahkan hati, akui ia. Tak perlu buat
ikrar depan orang. Tapi perbaikilah agar hidup anda berdua bagai disyurga dunia….

Kebanyakkan suami( bukan semua lelaki,) tidak begitu peka atau pun kurang ingin ambil serius atas hal-hal remeh, yang bagi wanita ia sangat diperlukan. Tinjauan dibuat mengatakan lelaki melayu kurang romantik dalam menangani kerenah isteri atau pasangan.

Bagi sebilangan besar suami, bila telah berkahwin itu, tandanya anda sudah menyayangi dia sebagai isteri. Kalau tidak masakan anda memilih si dia dalam puluhan calon yang anda simpan… namun bagi wanita.. cintanya perlu diendah. Dari sinilah akan membentuk mood dan keinginan yang membuak kepada isteri untuk memberi ‘khidmat’ buat suami tercinta.

Ertinya, wanita bukan sekadar mahu suami, tapi mahu kekasih sepanjang hidupnya! Kenapa kekasih? Kerana wanita itu makhluk emosi. Sewaktu berkasih dahulu kenapa anda, boleh mencari ruang dan masa menyatakan kasih, sayang, cinta, rindu, bila telah bernikah sahaja. 4 perkataan keramat itu mahal benar hendak keluar dari mulut.?

Sedangkan bagi isteri, itulah menjadi kekuatan jiwanya. Dia tahu suami mencintainya, tapi kadangkala, waktu yang berlalu menyebabkan dia menjadi tertanya-tanya, masih sayangkah suami kepada aku. Walhal jika dilihat akan pengorbanan suami bertungkus lumus, itu sudah sebagai tanda anda mencintainya dan anak-anak namun, ucapan dari mulut anda itu yang lebih diutamankan oleh
seorang isteri.

* Walau telah lama berumahtangga. Ucapkanlah sepatah perkataan yang membawa makna begitu besar kepada isteri.. sebelum anda keluar bekerja..dgn sms, pangilan telefon, atau email dll. Sedikit cukup sebagai vitamin isteri sepanjang hari. ‘I love u’ ‘I miss u’ ‘I need u’ ‘abg teringat syg’ apa sajalah..

Wanita itu terlebih emosinya. Jika tidak dibelai dan di jaga, kuatir jika emosi menjadi liar dan boleh menyebabkan segala jenis buruk sangka menguasai, hasilnya adalah cemburu, marah, sakit hati, membentak, protes dll. Maka berilah belaian keatas jiwa selain belaian keatas jasadnya.

*bersikap manis dan mesralah kepada isteri anda. Kalau anda boleh berbincang dengan baik kepada rakan sekerja yang kadangkala dan diajar 10x pun masih sengal, kenapa tidak dengan isteri yang anda datangi setiap malam? Jadi maniskan wajah dan bicara anda.. samada sewaktu hendak keluar bekerja dan pulang kerumah.

* Berbicara dan Memanggil yang Menyenangkan, Dalam bertutur, seorang suami seharusnya memilih kata-kata yang baik dan ungkapan menarik. Seperti sabda rasulullah, "Kata-kata yang baik itu sedekah" (muttafaq alaih). Tidak terpuji bila suami berbicara dengan isterinya atau dengan orang lain menunjukkan sikap tak peduli, sombong,
seperti seorang pegurus yang mengarah-arah orang bawahannya

Demikian pula ketika memanggil. Sebagai suami panggillah isteri dengan penggilan kesukaan, karena hal itu merupakan kasih sayang dan penguat jalinan cinta. Dalam Alquran, Allah swt mencegah orang beriman memanggil sesamanya dengan nama-nama buruk dan gelaran yang melukai perasaan.

Bahkan kalau perlu dengan ungkapan manja, sebab dapat membangkitkan kebahagiaan dan melapangkan dada. Sikap seperti ini adalah bahagian dari hiburan yang menyenangkan hati dan dibenarkan Islam sebagaimana perilaku Rasulullah yang selalu memanggil Aisyah dengan suara lembut untuk memanjakannya, malah menggelarkan Aisyah ‘ya umairah’ iaitu sipipi merah.

*Membantu Pekerjaan, satu sikap mulia jika suami mampu menciptakan perasaan senang hati isterinya dengan membantu melaksanakan tugas-tugasnya. Betapa indahnya, jika suami mahu membantu mengerjakan tugas-tugas seharian isteri dengan penuh tulus ikhlas. Sebaliknya, betapa menyedihkan bilamana suami yang tidak peduli dan tidak bersimpati kepada
isterinya yang siang malam tidak berhenti melakukan pekerjaan rumah yang begitu berat. Tapi tahunya bila malam berlabuh, isteri diminta bersedia untuk bertarung sedangkan tenaga isteri telah tercurah di waktu siangnya dengan bebanan kerja.

*Berdandanlah untuk isteri anda, selalu bersih dan wangi. Kenapa harus tampil depan isteri dengan pakaian ala kadar? Kain pelekat dengan singlet pagoda saja? Sama halnya dengan suami yang menginginkan isterinya kelihatan manis untuknya, setiap isteri juga menginginkan suaminya berdandan untuknya. Sebagai contoh, ingat, bahwa
Rasulullah saw selalu menggosok giginya terlebih dulu sebelum menemui isterinya
setelah bepergian. Beliau juga selalu menyukai senyum yang paling manis.

Selalulah dalam keadaan rapi, bersih, indah, serta berbau harum. Itu semua termasuk tradisi fitrah dan petunjuk Rasul. Dari Ayyub berkata, Rasulullah bersabda, "Rasa malu, berminyak wangi, siwak dan nikah adalah tradisi para Rasul" (HR. Tirmidzi).

Keengganan suami untuk berdandan, akan menyebabkan isteri menjauhinya dan enggan untuk berada di sampingnya. Jadi bagaimana malam anda dapat berjalan lancar dan indah kalau anda sendiri mengabaikan kebersihan. Mahu yang baik? beri yang terbaik!

Malah Khalifah Umar Al Khatab mengatakan, ”Demi Allah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar menyukai kalian berhias diri untuk mereka, sebagaimana kalian menyukai mereka berhias diri untuk kalian”.

* Memaafkan dan Menegur. Sifat ini harus dimilik suami. Suburkan sikap suka memaafkan. Dengan demikian ia dapat menjalankan roda kehidupan rumah tangga secara baik. Sebaliknya, rumah tangga yang dipimpin oleh suami yang tak memiliki jiwa pemaaf akan menimbulkan banyak masalah. Jiwa pemaaf dan lapang dada sangat diperlukan, kerana suami boleh saja membenci atau tidak puashati dengan kerenah isteri.

Watak pemaaf adalah salah satu perangai dari Rasulullah yang telah diwujudkan dalam kehidupan rumahtangganya beserta para isterinya. Banyak riwayat yang menceritakan bagaimana beliau menghadapi sikap Aisyah karena dikuasai emosi dan rasa cemburu, merupakan bukti konkrit suri tauladannya.

*beri senyuman untuk isteri anda bila saja bertembung mata dengannya malah, ada baik memeluknya sesering mungkin.

Senyuman adalah sedekah dan isteri anda termasuk orang yang layak mendapat senyuman anda. Baynyakkanlah senyum yang selalu terpamir buat isteri tercinta. Ingatlah, sunnah juga menerangkan bahwa Rasulullah saw selalu mencium isterinya sebelum pergi bersolat ke masjid, bahkan saat beliau sedang berpuasa. Tidak melibatkan nafsu, tapi mempamirkan sayang.

* Jangan mengecilkan keinginannya. Hiburlah dia. Kadang-kadang seorang suami perlu mengkabulkan permintaan isterinya. Rasulullah saw memberikan contoh buat kita dalam sebuah kejadian ketika Safiyyah r.a menangis, karena dia (Safiyyah) berkata bahwa beliau (Rasulullah) memberikan seekor unta yang lemah. Rasulullah pun menyapu air
matanya, menghiburnya, dan membawakannya seekor unta yang lain.

Jadi, kalau setakat, sepeket coklat dan bunga untuk menceriakan hari dan hati isteri anda sebelum ke kamar beradu adakan itu membebankan?

*Berterima-kasihlah bagi semua yang dia lakukan untuk anda. Sekecil apapun yang isteri anda lakukan buat anda, jangan sekali-kali menganggapnya sebagai hal remeh dan tidak begitu bererti. Berterima kasihlah, karena ucapan terima kasih anda sungguh bermakna bagi isteri anda dan akan terukir indah dihatinya. Sekadar ucapkan terima kasih untuk
ketika usai makan malam yang dia sediakan. Juga untuk kebersihan rumah dan apa
saja yang lainnya.

*Jangan memperlakukan seorang isteri seperti lalat. Kita tidak pernah menghiraukan seekor lalat di dalam kehidupan kita sehari-hari, tahu-tahu dia menjadi penyakit buat kita. Sama halnya seorang isteri yang berbuat baik sepanjang hari, jika tidak pernah mendapat perhatian dari suaminya, maka dia juga akan memperlakukan suaminya bagai sebuah penyakit.
Jangan sekali-kali perlakukan dia seperti ini; kenali semua kebaikan yang dia
lakukan dan pusatkan perhatian padanya.

*Penuh humor dan bermain-mainlah dengan isteri anda. Lihatlah betapa Rasulullah saw pernah lawan berlari dengan isterinya Aisyah r.a di sebuah padang, dan membiarkan Aisyah menang. Walhal baginda senang-senang boleh memenganinya. Tapi demi untuk menghibukan hati isteri..baginda pura-pura kalah...bila terakhir
kita melakukan hal seperti itu?

Eh.. jadi apa kena mengenanya hubungan intim dengan hal-hal diatas. Ada.. iaitu, pabila layanan awal dan sehari-harian anda kepada isteri penuh kemesraan dan membuat dia bahagia, maka dengan senang hati dia akan memberikan khidmat yang anda perlukan dimalam hari.. jadi dari siang bawa kemalam...

Ingatlah selalu sabda Rasulullah SAW: "Yang terbaik di antara kalian adalah yang memperlakukan keluarganya dengan baik. Dan aku adalah yang terbaik memperlakukan keluargaku.

Maka "Cubalah jadi yang terbaik”.

boleh kan abang....

so bagi kita org Islam dan belum atau sudah berumahtangga.. kita check list dan baiki serta tingkatkan hubungan.. perbaiki dan betulkan yang mana kurang.. semoga bermanfaat.....

Tuesday, August 3, 2010

BUAT SEMUA YANG BERGELAR SUAMI ATAU ISTERI

WAHAI ISTERI
Fahamilah citarasa suami tercinta, samada dari segi penampilan anda yang disukainya, juga cara pakaian anda di rumah, serta sifat dan tuturkata anda. Janganlah hanya berdandan dan bergaya ketika keluar rumah. Juga tutur kata dan percakapan anda, biarlah kekal dengan sifat kewanitaan yang manja dan lembut semata-mata untuk ...suami,tapi jangan pula manja sehingga mengada-ngada dan buat suami meluat atau kasar dan garang seperti seorang jeneral!

WAHAI SUAMI
Walaupun isteri tersayang berkhidmat dengan ikhlas menyediakan makanan dan persiapan pakaian anda , bantulah ianya dengan mengemaskan meja makan selepas makan atau menyidai pakaian juga menggosoknya(masa bujang tentunya sudah pernah buat sendiri!). Janganlah pakaian yang telah dipakai dibiarkan bersepah dan dibiarkan sahaja isteri yang sedia sibuk dengan anak-anak dan memasak supaya mengutipnya!

Monday, August 2, 2010

FAKTA MENARIK TENTANG COKLAT


FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI COKLAT

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja.
Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."


Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

Sunday, August 1, 2010

WAHAI SUAMI WAHAI ISTERI...

WAHAI SUAMI WAHAI ISTERI
Ketahuilah bahawa isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. Pandangan kasih itu ada kerana dalam hati masing-masing ada kasih.
UNTUK ISTERI...Muliakanlah suami tercinta dengan menyambut setiap kali ianya pulang ...ke rumah dengan kasih mesra,menyediakan makan-minumnya dan persalinannya, sentiasa menggembirakannya dengan bergurau senda dan mencari waktu yang sesuai sebelum menceritakan masalah dsb agar tidak mengganggu kerehatan suami.Taatilah suami tersayang dan dahulukanlah kehendaknya,pasti akan memberi kesan kepada perasaannya terhadap anda.
UNTUK SUAMI..ketahuilah bahawa Nabi SAW, tatkala berada di rumah,selalu membantu urusan rumahtangga dan tindakannya selalu adalah untuk menyenangkan isterinya.Pernah Nabi SAW melunjurkan lututnya agar dipijak isterinya tatkala menaiki unta...alangkah mulianya sifat baginda.Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah-lembut terhadap isterinya serta sentiasa mendahulukan kepentingan isterinya dari dirinya sendiri!