skip to main |
skip to sidebar
BUAT SEMUA YANG BERGELAR SUAMI ATAU ISTERI
WAHAI ISTERI
Fahamilah citarasa suami tercinta, samada dari segi penampilan anda yang disukainya, juga cara pakaian anda di rumah, serta sifat dan tuturkata anda. Janganlah hanya berdandan dan bergaya ketika keluar rumah. Juga tutur kata dan percakapan anda, biarlah kekal dengan sifat kewanitaan yang manja dan lembut semata-mata untuk ...suami,tapi jangan pula manja sehingga mengada-ngada dan buat suami meluat atau kasar dan garang seperti seorang jeneral!
WAHAI SUAMIWalaupun isteri tersayang berkhidmat dengan ikhlas menyediakan makanan dan persiapan pakaian anda , bantulah ianya dengan mengemaskan meja makan selepas makan atau menyidai pakaian juga menggosoknya(masa bujang tentunya sudah pernah buat sendiri!). Janganlah pakaian yang telah dipakai dibiarkan bersepah dan dibiarkan sahaja isteri yang sedia sibuk dengan anak-anak dan memasak supaya mengutipnya!
No comments:
Post a Comment