skip to main |
skip to sidebar
SUAMI YANG MUDAH DITAATI ISTERI

PERINGATAN UNTUK SUAMI - JADILAH SUAMI YANG MUDAH DITAATI ISTERI
Ketahuilah wahai para suami bahawa sebagai ketua keluarga selayaknya anda ditaati dan dihormati oleh isteri anda.Setelah dinikahi ,isteri anda adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab anda dan harus akur dengan kata-kata anda.Tetapi adakah anda juga sudah bersedia menjadi... suami yang taatkan Allah SWT dan sentiasa takutkanNya dalam memikul tanggungjawab ini? Adakah anda sentiasa sedar dengan tingkah laku dan kata-kata anda supaya mudah isteri dapat taatkan anda? Sebagai suami yang meletakkan agama di hadapannya, adakah anda menjaga solat sebaiknya dengan berjemaah, mengamalkan bacaan Quran dan menghadiri majlis ilmu agama untuk pengisian rohani yang seterusnya akan terzahir melalui akhlak dan sifat-sifat terpuji?
Atau adakah anda tetap dengan budaya lama di mana suami adalah raja dan harus dilayani sebaiknya walaupun kerap anda dengarkan yang Rasulullah SAW sendiri turut membantu isterinya dalam urusan rumahtangga?
Apabila Islam dijadikan panduan dalam kehidupan, sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap isterinya tentu tidak akan menuntut haknya dipenuhi, sebaliknya akan bersungguh-sungguh memenuhi hak isteri dan menggembirakannya. Juga, suami akan lebih risaukan sekiranya isteri tidak dapat tunaikan kewajipan terhadap Allah lebih dari kewajiban terhadap dirinya. Suami akan sentiasa redha dengan kelemahan isteri dan memaafkanya setiap kali isteri tersilap kerana suami tentu takut sekiranya isteri tersayang berada dalam murka Allah!
InsyaAllah.. Mudah2an begitulah hendaknya.. Amin.
No comments:
Post a Comment