skip to main |
skip to sidebar
WAHAI SUAMI WAHAI ISTERI...
WAHAI SUAMI WAHAI ISTERI Ketahuilah bahawa isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. Pandangan kasih itu ada kerana dalam hati masing-masing ada kasih.
UNTUK ISTERI...Muliakanlah suami tercinta dengan menyambut setiap kali ianya pulang ...ke rumah dengan kasih mesra,menyediakan makan-minumnya dan persalinannya, sentiasa menggembirakannya dengan bergurau senda dan mencari waktu yang sesuai sebelum menceritakan masalah dsb agar tidak mengganggu kerehatan suami.Taatilah suami tersayang dan dahulukanlah kehendaknya,pasti akan memberi kesan kepada perasaannya terhadap anda.
UNTUK SUAMI..ketahuilah bahawa Nabi SAW, tatkala berada di rumah,selalu membantu urusan rumahtangga dan tindakannya selalu adalah untuk menyenangkan isterinya.Pernah Nabi SAW melunjurkan lututnya agar dipijak isterinya tatkala menaiki unta...alangkah mulianya sifat baginda.Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah-lembut terhadap isterinya serta sentiasa mendahulukan kepentingan isterinya dari dirinya sendiri!
No comments:
Post a Comment