nuffnang

background


Wednesday, July 28, 2010

ADAKAH KITA MEMELIHARA DAN MEMUPUK PERKAHWINAN KITA ?


Mengapakah ramai suami-isteri Islam yang terlibat dengan hubungan cinta tiga segi? Tetapi masing-masing tetap mengakui yang mereka masih sayangkan pasangan hidupnya. Adakah ini disebabkan rasa bosan, sunyi atau ada keperluan peribadi yang tak dipenuhi?
Adakah seorang suami atau isteri tiba-tiba keluar dari rasa cinta terhadap pasangan hidupnya? Atau mungkin ada 'excitement' bila bermain dengan api?

Mereka yang terlibat ramai yang menunaikan solat dan hidup normal sebagai seorang muslim yang marah sekiranya diberi makanan yang haram atau dipelawa minum arak..tetapi mereka tidak keberatan untuk terjebak ke arah hubungan cinta tiga segi.

Walaupun asalnya mungkin tidaklah hubungan mereka menjurus ke arah bercinta tetapi dengan bergurau senda tanpa segan melalui telefon,'chatting' sesama rakan ciber, rakan sepejabat dan lainnya; dan selalunya hubungan sebegini dirahsiakan dari pasangan hidup masing-masing.

Beringatlah kita sekalian, sebagaimana mudahnya kita jatuh cinta dengan pasangan kita, begitu jualah mudahnya perasaan itu terluput dari hati kita.Tetapi, sekiranya sewaktu memulakan kehidupan bersama. kita sama-sama telah sepakat untuk membina sebuah mahligai perkahwinan yang membahagiakan, fokus kita tentunya membentukkan keperibadian kita agar tetap ke arah tujuan tersebut. Dan kita sepatutnya melengkapi diri kita masing-masing agar kehidupan berumahtangga kita tetap membahagiakan dan mencukupi...kita perlu sangat untuk memupuk dan memelihara rasa kasih dan cinta terhadap pasangan hidup kita.

Juga sekiranya ada perselisihan,usah biarkan ianya berlalu tanpa diselesaikan kerana setiap konflik yang tak diselesaikan akan menimbulkan rasa tidak puas hati yang akan mengeruhkan hubungan sesama suami isteri.

Perkahwinan tidak sunyi dari dilanda ujian dan masalah . Konflik dan ketegangan yang timbul mudah membuatkan suami atau isteri merasa terasing dari pasangannya. Dengan membiarkan sahaja keadaan sebegini dan berharap masa akan dapat menyelesaikan apa jua silap faham, suami isteri sebenarnya sudah tersilap.Dengan berusaha untuk membincangkan konflik yang wujud merupakan satu proses kematangan buat kedua suami isteri.

Usah biarkan sesuatu konflik terus wujud tanpa diselesaikan kerana ianya akan menambahkan jurang antara suami isteri dan boleh menggugat keharmonian rumahtangga. Hadapi setiap konflik dengan terus terang dan rasa rendah diri, tentunya anda akan dapati lebih kemanisan dalam tautan emosi anda suami isteri. Anda juga akan lebih memahami pasangan anda dan akan merasakan kesedihan yang dirasainya sebagaimana anda juga merasakannya!

Info : Keluarga Muslim Bahagia...

Wahai suami-suami....Kalau dah takde keserasian lagi cuba pandang muka isteri masa dia tidur sebab masa tulah tak de apa yang disembunyikan...itulah wajah sebenarnya...tenung wajah dia kenangkan semua kenangan manis masa mula kenal dia dulu (masa bercinta)...walaupun kita tak boleh mengulang kenangan itu tapi kita boleh mengimbau kenangan itu....CINTA KENANGAN SILAM...JANGAN BIARKAN IANYA BERLALU PERGI... ketepikan rasa ego masing-masing...

.....Jangan biarkan perkahwinan kita menjadi hambar...

No comments:

Post a Comment