
Jadikanlah pasangan anda teman baik anda: tempat berkongsi kejayaan dan kegembiraan, tempat anda meluahkan kekecewaan dan kesedihan atas apa jua kegagalan anda serta menjadi rakan anda berkongsi impian dan cita-cita . Pada masa yang sama, persiapkan diri anda agar menjadi teman baik pasangan a.nda dengan menjadi pendengar yang baik, yang prihatin dengan aktitiviti harian pasangan anda,yang dapat menangkap dari air muka dan tingkahlakunya samada ianya dilanda masalah atau berada dalam kesusahan.
Jadilah penyokong terbaik pasangan anda dan pendorong yang sentiasa menyuntik semangat kepadanya untuk terus ceria dan bersemangat dalam mengharungi arus kehidupan yang tidak sunyi dari berbagai ujian!
Ketahuilah bahawa lelaki dan wanita mempunyai fitrah untuk berkongsi perasaan, samada perasaan suka duka, gembira dan kecewa semuanya perlu dikongsikan. Itulah hikmah perkahwinan dimana perkongsian perasaan antara suami isteri menambahkan lagi keakraban hubungan seterusnya menghangatkan romantisme.
Kegagalan berkongsi dengan pasangan selalunya mendorong suami atau isteri mencari insan lain untuk memenuhi keperluan tersebut. Jadilah suami dan isteri yang peka terhadap perasaan pasangan anda dan bentuklah hubungan anda agar kebosanan tidak menjerumuskan anda kepada hubungan gelap dengan orang lain!
Ketahuilah bahawa suami dan isteri perlukan cinta dan kasih sayang untuk hidup bersama dengan bahagia. Ianya bukan sekadar perasaan yang disimpan tetapi sebaliknya ia perlu dihangatkan setiap masa melalui luahan ucapan dan tingkahlaku yang meyakinkan pasangan anda bahawa dirinya benar-benar di...kasihi.Usah dibiarkan cinta membeku,malah sirami ianya dengan belaian kasih sayang agar ia terus hangat dan mekar. Luahan cinta akan saling membahagiakan pasangan dan akan menimbulkan rasa saling dihargai.
info : KELUARGA MUSLIM BAHAGIA
















No comments:
Post a Comment